Sunday, April 12, 2015

Acara ice-skating Lumi, Miko dan Nadya.


Pada hari Ahad lepas hari yang cukup sibuk buat saya dan memenatkan buat Aman dan sara. Jam 11:41 pagi saya dan aman mula membuat pulla- roti manis finland. Diikuti biscotti resipi teman dari tuniasia. Dan jam 2:30 ptg sy bersiap untuk ke tempat lumi ber ice skating.

Tempatnya di Synergia Jyväskylä. Kami naik taksi aja oleh kerana mahu cepat dan saya juga tidak tahu dimana tempatnya. Mungki jam 3:20 kami sampai..lewat sedikit. Terlepas acara Nadya. Tapi saya beritahu Nadya saya lihat group dia..sori ya nak, salah group.
Tiketnya berpatutan. Dewasa 8€ , kanak2 iaitu Aman 6€. Rita jemput kami ke atas. Mereka sampai lebih awal. Stadium tidak penuh hari ini. Beberapa kerat sahaja. Mungkin yang datang hanya keluarga dan teman rapat sahaja. 

Saya sibuk mendelete apps yang sedia ada supaya boleh merakamkan video acara ice skating ini. Aman dan Lumi sangat senang hati dengan pertunjukan dari pelbagai peringkat umur. Mungkin seawal 3 tahun mereka berice skating.sampailah ke umur 20 'an. Sara juga menggerak2kan kepala dan badannya mengikut rentak musik yang dimainkan. Oh anak saya belum tidur siang. Kasihan.
Aman pula tidak tahan bunyi musik yang kuat, kelihtan kekadang menutup telingnya.

Setelah beberapa pertunjukan, kami ada waktu rehat setengah jam atau lebih. Saya kurang peka dengan peredaran waktu. Time ni kami antar Lumi ke groupnya di belakang pentas. Sara sudah penat, tertidur juga akhirnya dalam gendongan (baby carrier). Lepas tu minum kopi. Ketemu Heny, miko dan Nadya di ruangan 'pusingan roda bertuah'. Heny, ibunya Miko menjaga meja hadiah. Saya, Rita dan Aman sempat membeli 3 pusingan roda berharga 5€. Aman yg pusing rodanya. Naahh hadiahnya boleh dipilih berdasarkan warna yg kita dapat. Pusingan Aman mengena pada warna merah 1 dan hijau 2. Jadi kami pilih pemadam api dan buku cerita. Buat rita pula alas periuk. Khabarnya hadiah hadiah di sediakan oleh keluarga peserta ice-skating.
Aman tidak habis2 bertanya mana Lumi, mahu lihat Lumi tampil :). 

Rupanya giliran Lumi yang terakhir sekali. Groupnya agak ramai dibahagi pula kepada tiga lingkungan. Alhamdulillah kali ni Lumi tidak jatuh. Kalau masa latihan dia selalu jatuh kata ibunya. Syabas buat anak kecil yang tidak kenal takut ini. Tahniah juga buat Miko dan Nadya. Sara tidur nyenyak meskipun suasana agak bising. Setelah acara hampir selesai baru Sara bangun. 

Kami bertamu ke rumah Rita sampailah jam 9:00 mlm. Aman makan banyak gulai sotong atau cumi cumi kesukaannya. 

Lihat facebook saya untuk paparan videonya. 

No comments:

Post a Comment