Saturday, April 11, 2015

Bday party Sara

Persiapan bday party Sara yang pertama di buat seadanya. Cake bday dan Salmon sandwich cake saya tempah dari kedai called Kakku Keisarina di kota Jyväskylä. Kota ini kota kelahiran suamiku Mika. Kebanyakan sanak saudara Mika tinggal di sini. Mika ada dua adik permpuan yaitu Tiina dan Niina. Nanti ada kelapangan saya cerita lagi saalah silah keturunan Mika.

Untuk makluman semua anak pertama saya namanya Aman Juhani Makkonen. Dia lahir pada tahun 2010. Diikuti Iman Sara Sofia Makkonen yang lahirnya pada tanggal 5.3.2014. 

Saya juga ada membuat kek coklat basah dan meringue drops. Sementara mertua saya buatkan kek untuk Sara, pizza dan 'pulla'. Rita pula buatkan kami popia. Biskut dan minuman dibeli Mika dari kedai berhampiran. 

Anak jiran saya namanya Florentina orang Kosovo juga turut membantu membeli, meniup dan mengikat belon belon buat Sara. Dia jugalah yang bantu saya mengemas rumah. Alhamdulillah kurang sedikit stress saya.

Party berjalan dgn baik. Tetamu kami ialah ibu mika-Tarja, ayahnya -Jukka, adiknya Niina dan tunangannya Raikku. Tiina dan keluarga tidak dapat hadir krn sakit. Rita dan Lumi sampai lebih awal bersama popia dan kad buatan lumi. Lumi ialah teman rapat Aman. Lumi mengenakan gaun jahitan saya dan juga ibunya. Begitu juga Sara, saya jahitkan gaun khas buat puteri saya ini memandangkan cukup susah mendapatkan gaun yang saya berkenan. Kalau ada pun mungkin harganya mahal.
Hadir juga Heny, Markku dan Miko. Tidak ketinggalan Yunita, Topi dan Axel. Lagi tetamu kami ialah Markus, Marika dan Pasi Markus dan Marika adalah sepupu Mika. Pasi pula tunangan Marika. Mereka merancang untuk berkahwin pada bulan July tahun ini. Turut memeriahkan majlis makcik Mika, Maria-Sisko. Tak lupa juga teman baik mertua saya iaitu Virpi dan anaknya Nea. Kawan saya Orang cina, Juan dan anaknya Eerik juga datang sepulang mereka dari rumah mertuanya di Hameenlinna. Tetamu yang terakhir ialah Ji Lin. Beliau orang Klang. Suaminya juga orang sini. Ji Lin membawa 12 pcs Tiger Balm besar dari Malaysia. Yess!

Ok ni dia foto pada hari tersebut...





1 comment: